Posts

REFLEKSI MINGGU KE 14

Image
REFLEKSI KULIAH Kuliah ini merupakan kuliah yang terakhir buat kami semua. Pada awal kuliah , Dr telah membelikan kami semua nasi lemak sebagai sarapan pagi bersama-sama di dalam kuliah sebelum aktiviti kuliah yang seterusnya dijalankan. Terima kasih Dr di atas nasi lemak tersebut. Kuliah tersebut diteruskan dengan kegembiraan kerana masing-masing telahpun kenyang dan mendapat tenaga untuk terus kekal di dalam kuliah untuk pembelajaran yang seterusnya. Topik yang diajarkan oleh Dr kali ini adalah mengenai kata majmuk. Pembentukan kata majmuk ini mempunyai makna yang baru serta dikelaskan dalam kategori kata yang baru. Kata majmuk dapat merungkaikan dua fungsi kata dan membawa makna yang berbeza serta membawa makna khusus yang tak boleh dipisahkan. Contoh bagi kata majmuk adalah seperti alat tulis, bandar raya, pejabat pos dan sebagainya. Pada hari tersebut juga, kami perlu menghantar tugasan esei berkaitan kata kerja yang telah diberikan beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah, tug...

REFLEKSI MINGGU 13

REFLEKSI KULIAH Kuliah kali ini adalah berkenaan tentang Penggandaan Separa. Penggandaan separa bermaksud proses morfologi yang menghasilkan kata dasar. Proses penggandaan separa pula ialah proses yang hanya melibatkan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan. Kata ganda separa yang bermula dengan vokal tak dibenarkan penghasilannya. Tetapi ada juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan  satu suku kata di mana ianya tak dibenarkan mengalami proses penggandaan separa. Kata ganda separa terbentuk daripada konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Contoh penyisipan schwa adalah seperti (/m+pam/--> [m pam] manakala contoh bagi pemanjangan vokal adalah seperti (/di+pam/-->[di:pam]). Pada kuliah kedua, kami diberikan tugasan untuk membaca berkenaan dengan Kata Ganda di dalam buku Dewan Tatabahasa pada sehari sebelum kuliah berlangsung. Hal ini kerana pada kuliah tersebut, kami diberikan kuiz untuk dijawab selama 20 minit mengikut kefahaman kami. Namun begitu,...

REFLEKSI MINGGU 12

REFLEKSI KULIAH Kuliah kali ini, kami mempelajari tentang Penggandaan dan kata ganda bagi bahasa Agta. Penggandaan adalah suatu proses pembentukan kata yang baru dengan cara mengulangi morfem tersebut. Penggandaan terbahagi kepada 3 iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa. Penggandaan seluruh kata melibatkan seluruh kata sama ada kata akar atau kata dasar. Contohnya, rumah-rumah. Manakala penggandaan kata dasar pula melibatkan kata akar yang akan menghasilkan bentuk kata dasar di mana ia tidak melibatkan kata nama, tetapi berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, (meN) + jerit + jerit. Penggandaan separa pula melibatkan sebahagian sahaja kata akar. Kata ganda separa berlaku pada kata akar yang tersendiri daripada dua atau tiga suku kata dan bermula dengan bunyi konsonan. Contohnya, kura-kura--> k kura-->kekura. Di akhir kuliah tersebut, kami diberikan tugasan untuk membina representasi fonologi bagi kata ganda sesuka d...

REFLEKSI MINGGU 11

REFLEKSI KULIAH Kuliah pertama pada minggu ini tiada kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Manakala kuliah kedua pada minggu ini pula berjalan seperti biasa. Kuliah kali ini, kami mempelajari tentang Pengenalpastian Kelas Kata berdasarkan kriteria morfologi dan kriteria sintaksis,Ujian Diagnostik Kelas Kata Leksikal dan Bukan Leksikal dan Kata Adjektif Berasosiasi dengan Kata Penguat. . Kami juga mempelajari mengenai ' argumen'. Argumen merujuk kepada unsur/elemen yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja pula dapat dibahagikan kepada 3 iaitu kata kerja tak transitif( memerlukan satu argumen ) contohnya, Abang tidur. Kedua ialah kata kerja ektransitif ( memerlukan dua argumen ) contohnya, Adik membaca buku. Ketiga ialah kata kerja dwitransitif (memerlukan tiga argumen) contohnya, Ahmad membelikan Abu baju. REFLEKSI TUTORIAL Sebelum hari tutorial bermula, Dr telah memberikan tugas kepada kami untuk membaca Tatabahasa mengenai imbuhan ka...

REFLEKSI MINGGU KE-10

REFLEKSI KULIAH Kuliah pertama pada minggu ini pula, kami mempelajari tentang kelas kata. Kelas kata dapat ditentukan secara semantik, morfologi dan sintaksis.  Kelas kata yang ditentukan secara semantik adalah seperti kata nama( kata nama untuk orang, tempat dan benda ), kata kerja ( yang menunjukkan perbuatan, proses ataupun sesuatu keadaan ) dan kata adjektif( yang menerangkan kata nama). Seterusnya ialah kelas kata yang ditentukan melalui kriteria morfologi pula adalah seperti apakah perbezaan bentuk sesuatu kelas kata X dengan kelas kata Y, kelas kata itu lebih kepada bentuk kata itu dan bentuk imbuhan yang dikongsi. Manakala kelas kata yang ditentukan melalui kriteria sintaksis pula adalah seperti setiap kelas kata ada keunikan corak distribusi(penyebaran) , hanya kata daripada kelas katanya yang boleh mengisi slot menggantikan kata lain dan setiap kelas kata leksikal mempunyai pasangan yang tertentu daripada kategori bukan leksikal. Kuliah kedua pula, aktiviti yang perta...

REFLEKSI MINGGU KE-8

REFLEKSI KULIAH Pada kuliah pertama pada minggu ke 8 ini, seperti biasa kami diberikan tugasan pada hari sebelumnya berkenaan tajuk 'Inflectional and Derivation Morphemes'. Dan tugasan tersebut adalah secara individu menerusi Ed. Ted. Pada hari tersebut, kami berbincang berkenaan tugasan tersebut bersama pensyarah kami. Hal ini untuk membetulkan kesalahan dan kekeliruan antara kami tentang tajuk tersebut. Bukan itu sahaja, Dr juga telah membuka peluang buat kami untuk bertanya apa sahaja berkaitan morfem menerusi 'Mentimeter'. 'Mentimeter' adalah satu aplikasi untuk membantu seseorang untuk bertanyakan soalan secara tertutup dan namanya akan dirahsiakan daripada kalangan rakan-rakannya. Soalan-soalan tersebut dikumpulkan di dalam aplikasi tersebut serta dipamerkan di dalam kelas dan Dr akan menerangkan semula dengan lebih teliti dan mudah untuk difahami berdasarkan soalan-soalan yang diberi. Apa yang saya dapat pada kuliah tersebut adalah berkenaan morfem koso...

REFLEKSI MINGGU KE7

Image
Refleksi Kuilah dan Tutorial  Pada minggu ini, kuliah dan kelas tutorial telah dibatalkan. Hal ini kerana dewan kuliah digunakan untuk Hari Konvokesyen USM pada tahun ini. Namun begitu, kami telah diberikan tugasan untuk disiapkan secara berkumpulan. Terdapat dua aktiviti yang perlu dilakukan iaitu menyediakan video berkenaan tajuk Morfem menggunakan aplikasi Powtoon ataupun Sparkol dan berswafoto bersama ahli kumpulan di 'I AM USM'. Saya bersama rakan-rakan sekumpulan telah duduk berbincang dan bersama-sama menyiapkan video berkenaan Morfem tersebut  di 'Open Library'. Kami menerangkan segala tentang Morfem berdasarkan Katamba dan Boije menggunakan aplikasi Powtoon. Disini saya sertakan bersama tugasan video bersama aktiviti swafoto tersebut: https://www.youtube.com/watch?v=K6dPj-YKokE&feature=youtu.be