REFLEKSI MINGGU KE-8
REFLEKSI KULIAH
Pada kuliah pertama pada minggu ke 8 ini, seperti biasa kami diberikan tugasan pada hari sebelumnya berkenaan tajuk 'Inflectional and Derivation Morphemes'. Dan tugasan tersebut adalah secara individu menerusi Ed. Ted. Pada hari tersebut, kami berbincang berkenaan tugasan tersebut bersama pensyarah kami. Hal ini untuk membetulkan kesalahan dan kekeliruan antara kami tentang tajuk tersebut. Bukan itu sahaja, Dr juga telah membuka peluang buat kami untuk bertanya apa sahaja berkaitan morfem menerusi 'Mentimeter'. 'Mentimeter' adalah satu aplikasi untuk membantu seseorang untuk bertanyakan soalan secara tertutup dan namanya akan dirahsiakan daripada kalangan rakan-rakannya. Soalan-soalan tersebut dikumpulkan di dalam aplikasi tersebut serta dipamerkan di dalam kelas dan Dr akan menerangkan semula dengan lebih teliti dan mudah untuk difahami berdasarkan soalan-soalan yang diberi. Apa yang saya dapat pada kuliah tersebut adalah berkenaan morfem kosong. Morfem kosong adalah morfem yang mempunyai makna , merubah fungsi tanpa ada perubahan pada bentuk kata tersebut, sama ada tunggal atau jamak. Contohnya seperti , rama-rama, biri-biri, kerang dan sebagainya.
Kuliah diteruskan dengan kuiz secara berkumpulan melalui Quizlet.live mengenai tajuk yang dipelajari pada minggu tersebut. Hal ini adalah untuk mengingati semula apa yang dipelajari dan menguatkan lagi daya ingatan terhadapnya. Kemudian, kuliah diteruskan dengan pengajaran daripada Dr.
Pada kuliah kedua pula adalah, topik yang dipelajari adalah KATA. Sebelum kuliah bermula, Dr telah melakukan flippclass menerusi 'Mentimeter'. Dimana kami perlu memberikan pendapat mengenai apa yang difahami mengenai kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Kemudian, jawapan yang diberikan dibincangkan semula bersama-sama di dalam kuliah tersebut. Pada kuliah kali ini, kami diberi pengetahuan tentang kelas kata terbuka, kelas kata tertutup, kategori leksikal dan kategori bukan leksikal.
Sekian, terima kasih.😄

Comments
Post a Comment