REFLEKSI MINGGU KE 14
REFLEKSI KULIAH
Kuliah ini merupakan kuliah yang terakhir buat kami semua. Pada awal kuliah , Dr telah membelikan kami semua nasi lemak sebagai sarapan pagi bersama-sama di dalam kuliah sebelum aktiviti kuliah yang seterusnya dijalankan. Terima kasih Dr di atas nasi lemak tersebut. Kuliah tersebut diteruskan dengan kegembiraan kerana masing-masing telahpun kenyang dan mendapat tenaga untuk terus kekal di dalam kuliah untuk pembelajaran yang seterusnya. Topik yang diajarkan oleh Dr kali ini adalah mengenai kata majmuk. Pembentukan kata majmuk ini mempunyai makna yang baru serta dikelaskan dalam kategori kata yang baru. Kata majmuk dapat merungkaikan dua fungsi kata dan membawa makna yang berbeza serta membawa makna khusus yang tak boleh dipisahkan. Contoh bagi kata majmuk adalah seperti alat tulis, bandar raya, pejabat pos dan sebagainya. Pada hari tersebut juga, kami perlu menghantar tugasan esei berkaitan kata kerja yang telah diberikan beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah, tugasan ini adalah berpasangan dan kami telah berjaya menyiapkannya dengan baik.
REFLEKSI TUTORIAL
Aktiviti tutorial kali ini adalah mempelajari topik pembentukan kata ganda berima. Pembentukan kata ganda berima ini lebih menekankan kepada aspek semantik berbanding aspek fonologi. Rumus pembentukan kata ganda berima adalah seperti berikut:
Akhir kata, terima kasih kepada Dr. Sofiah kerana telah mencurahkan ilmu dan membimbing kami dari awal sem sehingga keakhirnya. Segala kenangan dan kesukaran yang dialami sepanjang saya mempelajari Morfologi ini akan saya kenang dan tersemat dalam ingatan. Walaupun subjek ini bagi saya agak sukar, saya akan buat yang terbaik dan sebaik yang mungkin di waktu peperiksaan kelak. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain kerana hadirnya kamu bersama-sama banyak membantu dan memberikan kekuatan kepada saya untuk mempelajari Morfologi dengan lebih semangat . Terima kasih semua. Sampai jumpa lagi. 😊

Comments
Post a Comment