REFLEKSI MINGGU 13
REFLEKSI KULIAH
Kuliah kali ini adalah berkenaan tentang Penggandaan Separa. Penggandaan separa bermaksud proses morfologi yang menghasilkan kata dasar. Proses penggandaan separa pula ialah proses yang hanya melibatkan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan. Kata ganda separa yang bermula dengan vokal tak dibenarkan penghasilannya. Tetapi ada juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan satu suku kata di mana ianya tak dibenarkan mengalami proses penggandaan separa. Kata ganda separa terbentuk daripada konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Contoh penyisipan schwa adalah seperti (/m+pam/--> [m pam] manakala contoh bagi pemanjangan vokal adalah seperti (/di+pam/-->[di:pam]).

Pada kuliah kedua, kami diberikan tugasan untuk membaca berkenaan dengan Kata Ganda di dalam buku Dewan Tatabahasa pada sehari sebelum kuliah berlangsung. Hal ini kerana pada kuliah tersebut, kami diberikan kuiz untuk dijawab selama 20 minit mengikut kefahaman kami. Namun begitu, markah yang diperoleh daripada saya sendiri adalah memuaskan sahaja. Untuk akan datang, saya akan cuba fahami arahan yang diberikan dengan jelas beserta jawapan yang sesuai mengikut soalan yang diberikan.
REFLEKSI TUTORIAL
Tutorial kali ini adalah lain daripada yang lain. Dimana kali ini, aktiviti kami adalah untuk melukis contoh bedasarkan makna kata ganda. Hal ini sangat menarik dan menjadikan suasana kelas menjadi lebih aktif dan meriah. Selepas selesai melukis, kami perlu menerangkan di hadapan kelas dan berbincang bersama-sama. Menurut Dr, apabila kita melukis , kita akan lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah di samping kaedahnya yang santai tetapi ilmunya sampai. Secara keseluruhannya untuk tutorial kali ini, saya sangat senang dan seronok ketika menyiapkan lukisan tersebut mengikut makna kata ganda. Diharapkan di masa akan datang, aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi.
Comments
Post a Comment