REFLEKSI MINGGU 12

REFLEKSI KULIAH

Kuliah kali ini, kami mempelajari tentang Penggandaan dan kata ganda bagi bahasa Agta.
Penggandaan adalah suatu proses pembentukan kata yang baru dengan cara mengulangi morfem tersebut. Penggandaan terbahagi kepada 3 iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa. Penggandaan seluruh kata melibatkan seluruh kata sama ada kata akar atau kata dasar. Contohnya, rumah-rumah. Manakala penggandaan kata dasar pula melibatkan kata akar yang akan menghasilkan bentuk kata dasar di mana ia tidak melibatkan kata nama, tetapi berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, (meN) + jerit + jerit. Penggandaan separa pula melibatkan sebahagian sahaja kata akar. Kata ganda separa berlaku pada kata akar yang tersendiri daripada dua atau tiga suku kata dan bermula dengan bunyi konsonan. Contohnya, kura-kura--> k kura-->kekura. Di akhir kuliah tersebut, kami diberikan tugasan untuk membina representasi fonologi bagi kata ganda sesuka dengan menggunakan template KV.


REFLEKSI TUTORIAL

Tutorial minggu ini dibatalkan. Namun, kami diberikan tugasan untuk menerangkan tentang penggolongan kata daripada buku Morfologi yang ditulis oleh Abdullah Hassan. Kami perlu merakam video hasil daripada penerangan kami dan diletakkan ke dalam aplikasi FlipGrid. Melalui aktiviti tersebut, saya dapat menerangkan mengenai penggolongan kata bagi kriteria morfologi dan saya juga belajar dan menerima kekuatan untuk bercakap menggunakan aplikasi teknologi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU 6

REFLEKSI MINGGU KE7

REFLEKSI MINGGU 11