REFLEKSI MINGGU KE-10

REFLEKSI KULIAH

Kuliah pertama pada minggu ini pula, kami mempelajari tentang kelas kata. Kelas kata dapat ditentukan secara semantik, morfologi dan sintaksis.  Kelas kata yang ditentukan secara semantik adalah seperti kata nama( kata nama untuk orang, tempat dan benda ), kata kerja ( yang menunjukkan perbuatan, proses ataupun sesuatu keadaan ) dan kata adjektif( yang menerangkan kata nama). Seterusnya ialah kelas kata yang ditentukan melalui kriteria morfologi pula adalah seperti apakah perbezaan bentuk sesuatu kelas kata X dengan kelas kata Y, kelas kata itu lebih kepada bentuk kata itu dan bentuk imbuhan yang dikongsi. Manakala kelas kata yang ditentukan melalui kriteria sintaksis pula adalah seperti setiap kelas kata ada keunikan corak distribusi(penyebaran) , hanya kata daripada kelas katanya yang boleh mengisi slot menggantikan kata lain dan setiap kelas kata leksikal mempunyai pasangan yang tertentu daripada kategori bukan leksikal.

Kuliah kedua pula, aktiviti yang pertama kami lakukan di dalam kuliah adalah dengan menyanyikan lagu 'Gemuruh' nyanyian Faizal Tahir. Kami perlu menghayati dan mengenalpasti bentuk lirik yang digunakan. Selepas selesai nyanyian tersebut, kami diberi tugasan untuk menentukan kelas kata dan justifikasikannya. Tugasan tersebut perlu ditaip di aplikasi Padlet mengikut  masa yang ditetapkan. Kumpulan saya tidak sempat untuk menyiapkan semuanya namun, kami berusaha semampu mungkin untuk menyiapkannya mengikut kemampuan kami.

REFLEKSI TUTORIAL

Tutorial kali ini memerlukan kami menjawab kuiz secara berkumpulan berkenaan dengan Rencana Linguistik mengenai kata. Masa yang diberikan adalah selama 35 minit dan dibenarkan untuk merujuk mana-mana bahan untuk menyelesaikannya. Selepas tamat kuiz itu, seperti biasa, kami bertukar-tukar kertas jawapan untuk menanda kertas tersebut dan berbincang mengenai jawapan yang betul.


Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU 6

REFLEKSI MINGGU KE7

REFLEKSI MINGGU 11