Posts

Showing posts from December, 2018

REFLEKSI MINGGU KE 14

Image
REFLEKSI KULIAH Kuliah ini merupakan kuliah yang terakhir buat kami semua. Pada awal kuliah , Dr telah membelikan kami semua nasi lemak sebagai sarapan pagi bersama-sama di dalam kuliah sebelum aktiviti kuliah yang seterusnya dijalankan. Terima kasih Dr di atas nasi lemak tersebut. Kuliah tersebut diteruskan dengan kegembiraan kerana masing-masing telahpun kenyang dan mendapat tenaga untuk terus kekal di dalam kuliah untuk pembelajaran yang seterusnya. Topik yang diajarkan oleh Dr kali ini adalah mengenai kata majmuk. Pembentukan kata majmuk ini mempunyai makna yang baru serta dikelaskan dalam kategori kata yang baru. Kata majmuk dapat merungkaikan dua fungsi kata dan membawa makna yang berbeza serta membawa makna khusus yang tak boleh dipisahkan. Contoh bagi kata majmuk adalah seperti alat tulis, bandar raya, pejabat pos dan sebagainya. Pada hari tersebut juga, kami perlu menghantar tugasan esei berkaitan kata kerja yang telah diberikan beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah, tug...

REFLEKSI MINGGU 13

REFLEKSI KULIAH Kuliah kali ini adalah berkenaan tentang Penggandaan Separa. Penggandaan separa bermaksud proses morfologi yang menghasilkan kata dasar. Proses penggandaan separa pula ialah proses yang hanya melibatkan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan. Kata ganda separa yang bermula dengan vokal tak dibenarkan penghasilannya. Tetapi ada juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan  satu suku kata di mana ianya tak dibenarkan mengalami proses penggandaan separa. Kata ganda separa terbentuk daripada konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Contoh penyisipan schwa adalah seperti (/m+pam/--> [m pam] manakala contoh bagi pemanjangan vokal adalah seperti (/di+pam/-->[di:pam]). Pada kuliah kedua, kami diberikan tugasan untuk membaca berkenaan dengan Kata Ganda di dalam buku Dewan Tatabahasa pada sehari sebelum kuliah berlangsung. Hal ini kerana pada kuliah tersebut, kami diberikan kuiz untuk dijawab selama 20 minit mengikut kefahaman kami. Namun begitu,...

REFLEKSI MINGGU 12

REFLEKSI KULIAH Kuliah kali ini, kami mempelajari tentang Penggandaan dan kata ganda bagi bahasa Agta. Penggandaan adalah suatu proses pembentukan kata yang baru dengan cara mengulangi morfem tersebut. Penggandaan terbahagi kepada 3 iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa. Penggandaan seluruh kata melibatkan seluruh kata sama ada kata akar atau kata dasar. Contohnya, rumah-rumah. Manakala penggandaan kata dasar pula melibatkan kata akar yang akan menghasilkan bentuk kata dasar di mana ia tidak melibatkan kata nama, tetapi berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, (meN) + jerit + jerit. Penggandaan separa pula melibatkan sebahagian sahaja kata akar. Kata ganda separa berlaku pada kata akar yang tersendiri daripada dua atau tiga suku kata dan bermula dengan bunyi konsonan. Contohnya, kura-kura--> k kura-->kekura. Di akhir kuliah tersebut, kami diberikan tugasan untuk membina representasi fonologi bagi kata ganda sesuka d...