REFLEKSI MINGGU 6
REFLEKSI KULIAH
Pada kuliah kali ini(selasa), aktiviti pertama kami adalah membincangkan soalan kuiz yang dilakukan di dalam Edpuzzle sehari sebelum kuliah bermula. Soalan yang dikemukan adalah berkaitan dengan morfem derivasi dan morfem inflaksi. Kebanyakkan jawapan yang saya berikan adalah tidak begitu tepat. Aktiviti seterusnya adalah kuiz manual yang dijalankan selama 5 minit. Selepas tamat menjawab kuiz tersebut, kertas jawapan itu perlu ditukar bersama rakan sekelas yang lain untuk kami bersama-sama memeriksanya. Hasil daripada kuiz tersebut, saya hanya berjaya mendapatkan 4/8 daripadanya. Setelah selesai aktiviti kuiz, kuliah diteruskan lagi dengan topik morfem derivasi. Dr telah mengedarkan nota mengenainya kepada kami. Pada kuliah seterusnya(khamis), kuliah diteruskan dengan topik sambungannya iaitu morfem inflaksi. Setelah selesai kuliah tersebut, seperti biasa Dr mengadakan kuiz online menggunakan aplikasi Kahoot!. Hal ini adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajarnya. Melalui kuiz ini tidak dinafikan ianya sangat menyeronokkan, tetapi masa yang pantas yang diiringi dengan lagu yang mendebarkan , sangat mendebarkan saya untuk menjawab soalan. Hasil daripada kuiz tersebut, markah yang diterima hanyalah memuaskan. 😁.
REFLEKSI TUTORIAL
Bagi tutorial kali ini, seperti biasa. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah membincangkan soalan yang telah disediakan oleh Dr yang memerlukan kerjasama antara kumpulan untuk menjawabnya. Soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan topik morfem yang melibatkan kami untuk mengkaji tentang Bahasa Zulu.Berdasarkan perkataan Zulu tersebut, kami perlu mengeluarkan morfem yang terlibat bersamanya dan mengenalpasti morfem derivasi dan morfem dasar. Selain itu , saya juga mempelajari untuk memahami arahan yang dikehendaki dengan betul supaya jawapan yang diberikan tidak tersasar daripada kehendak soalan yang diberikan.
Sekian, Terima kasih.
Comments
Post a Comment