REFLEKSI MINGGU 11
REFLEKSI KULIAH Kuliah pertama pada minggu ini tiada kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Manakala kuliah kedua pada minggu ini pula berjalan seperti biasa. Kuliah kali ini, kami mempelajari tentang Pengenalpastian Kelas Kata berdasarkan kriteria morfologi dan kriteria sintaksis,Ujian Diagnostik Kelas Kata Leksikal dan Bukan Leksikal dan Kata Adjektif Berasosiasi dengan Kata Penguat. . Kami juga mempelajari mengenai ' argumen'. Argumen merujuk kepada unsur/elemen yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja pula dapat dibahagikan kepada 3 iaitu kata kerja tak transitif( memerlukan satu argumen ) contohnya, Abang tidur. Kedua ialah kata kerja ektransitif ( memerlukan dua argumen ) contohnya, Adik membaca buku. Ketiga ialah kata kerja dwitransitif (memerlukan tiga argumen) contohnya, Ahmad membelikan Abu baju. REFLEKSI TUTORIAL Sebelum hari tutorial bermula, Dr telah memberikan tugas kepada kami untuk membaca Tatabahasa mengenai imbuhan ka...