REFLEKSI MINGGU KE-4

Refleksi kuliah

Pada minggu keempat, saya telah memasuki kuliah Dr.Sofiah buat kali pertama. Saya sangat teruja dan agak berdebar. Kuliah sejam yang pertama pada hari selasa tempoh hari, dr menerangkan berkenaan bagaimanakah kata itu wujud dan terbentuk. Ia disebabkan oleh leksikon yang berada di dalam otak kita yang membantu kita memperoleh bahasa. Ia juga dikatakan sebagai kamus yang berada di dalam otak manusia di mana di bahagian ini telah tersedia ada perkataan di dalamnya.

Pada kuliah kedua pada hari khamis yang lalu pula, kami diberikan tugasan berkaitan tajuk morfem. Iaitu tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengenalpasti kata akar, kata dasar, prefiks, sufiks, infiks dan kategori kata berdasarkan setiap perkataan yang diberikan. Tugasan ini diberikan pada hari rabu sebelum kuliah bermula dan perlu menghantarnya pada waktu kuliah. Pada akhir kuliah, saya sangat teruja dan seronok apabila dr melaksanakan quiz yang menggunakan apps kahoot walaupun tidak semua soalan saya dapat jawab dengan betul. Saya rasakan quiz seperti itu sangat membantu daya ingatan saya terhadap topik yang dipelajari iaitu berkenaan morfem.

KELAS TUTORIAL (11-12 tengahari) 
5 OKTBOBER 2

Pada tutorial pertama ini, ia dilakukan di makmal komputer bangunan ilmu kemanusiaan. Pada hari tersebut, dr telah menerangkan mengenai google site . Setiap pelajar perlu mempunyai google site ini untuk dijadikan sebagai Eportfolio. Perkara yang perlu ada di dalamnya adalah maklumat peribadi dan tugasan-tugasan yang diberikan perlu diletakkan bersama-sama. Tugasan Eportfolio ini perlu disiapkan dan dihantar pada minggu ke 14. Tidak dinafikan bahawa, saya sangat menyukai kelas dr Sofiah kerana beliau sentiasa menggunakan teknologi dalam penyampaian pengajaran dan juga dalam memberi tugasan . Saya kira ini satu peluang buat saya untuk mempelajari dengan mudah tentang penggunaan teknologi melalui kelas ini.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU 6

REFLEKSI MINGGU KE7

REFLEKSI MINGGU 11