REFLEKSI MINGGU 5
REFLEKSI KULIAH
Pada kuliah kali ini, saya telah mempelajari tajuk morfem. Morfem ini terbahagi kepada dua iaitu bebas dan terikat. Morfem ini bermaksud unit nahu yang paling kecil dan mempunyai makna. Contohnya ber- bagi perkataan bertanya. Kemudian morfem bebas pula terbahagi kepada dua iaitu kelas terbuka( menerima ahli-ahli baru) dan kelas tertutup(tidak boleh menerima ahli- contohnya 'telah' dan 'dengan'. Seterusnya, morfem terikat pula terbahagi juga kepada dua iaitu derivasi( mengubah kelas kata dan makna. Contoh: 'sekolah' - 'persekolahan') dan infleksi ( tidak mengubah kelas kata dan makna. Contoh: 'cantik'-'tercantik'. Saya juga mempelajari tentang leksem iaitu wujud di dalam leksikon otak yang sudah lengkap dengan morfologi, fonologi dan semantik. Hal ini kerana otak kita bukan otak yang kosong dari sejak mula. Selain itu, saya juga belajar mengenai morf iaitu yang menzahirkan morfem. (Contoh morf bagi 'makan' adalah 'ma' dan 'kan'). Pada kuliah tersebut juga, saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan satu tugasan berbentuk kuiz online yang memerlukan kerjasama semua untuk menjawabnya dengan pantas. Saya sangat teruja dan seronok kerana permainan yang digunakan dari kuliah ke kuliah adalah berbeza dan sangat membantu ingatan kami dalam mengingatinya dengan lebih mudah.
Untuk kelas tutorial pula, Dr telah membincangkan tentang tugasan yang dihantar pada minggu lepas. Daripada tugasan tersebut, saya bersama rakan kumpulan saya mendapat markah yang agak rendah. Namun begitu, itu bukanlah satu perkara yang dapat menjatuhkan semangat kami untuk belajar tetapi ia menjadi satu titik tolak semangat buat kami untuk terus berusaha untuk memahaminya. Hasil daripada perbincangan sekelas, kami dapat memahami dengan lebih baik dan mendalam tentang topik tugasan tersebut. Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas tutorial adalah Dr akan memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan dengan menggunakan roda pintar yang terisi dengan nama-nama pelajar di dalamnya. Hal ini sangat menarik dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut menjadi lebih bermakna.
Comments
Post a Comment